AFC Cup

Piala AFC 2017 : Johor Darul Ta’zim Menang Selesa, Ungguli Carta Kumpulan F

image21 Februari 2017,  Johor DT telah dijadualkan bertemu Boeungket Angkor dan pada perlawanan yang baru sahaja tamat sebentar tadi, Johor DT berjaya membenam wakil Kemboja ini, 3-0.

Johor DT menampilkan formasi 4-3-3 dengan permainan yang lebih menarik berbanding Boeungket Angkor sepanjang 90 minit perlawanan. Berikut adalah kronologi perlawanan sepenuh masa :

SEPARUH MASA PERTAMA

Johor DT memulakan perlawanan dengan formasi berbeza iaitu 4-3-3 dengan Afiq Fazail ditugaskan sebagai ‘lone pivot’. Turun sebagai pasukan pilihan, Johor DT pastinya memburu gol awal demi memastikan mereka dapat menguasai perlawanan.

Hasilnya, Gabi Guerra membuka tirai jaringan buat Johor DT pada minit ke-3 hasil gerakan yang diaturkan olehnya dari tengah padang. Gabi selesa bermain hantaran 1-2 bersama pemain yang berada di sekelilingnya sebelum merembat masuk gol pendahuluan buat Johor DT.

image

Johor DT terus menguasai perlawanan dan berjaya menjaringkan gol kedua menerusi satu gerakan yang diaturkan di bahagian ‘flank’ kanan di mana Kunanlan bijak melepasi benteng pertahanan Boeungket dan melakukan satu ‘cutback’ kepada Nazmi yang tenang menolak masuk gol kedua Johor DT.

Boeungkot juga ada sekali-sekala melakukan serangan bertali arus ke arah kubu pertahanan Johor DT dan peluang terbaik mereka hadir apabila satu hantaran lintang berjaya melepasi Izham Tarmizi namun gagal disudahkan Mizuno (7) mahupun Sun (18).

Johor DT juga hampir menambah satu lagi gol di penghujung separuh masa pertama namun tendangan Hazwan Bakri tepat ke dakapan penjaga gol Boeungkot, Sou Yaty.

Tamat separuh masa pertama, Johor DT [2] – [0] Boeungkot Angkor

SEPARUH MASA KEDUA

Perlawanan bersambung dengan tiada sebarang perubahan taktikal dilakukan kedua-dua pasukan dan bola ditendang mula oleh pemain Boeungket Angkor.

Bahagian ‘flank’ kiri Johor DT sangat aktif di separuh masa kedua dengan banyak serangan dan pergerakan dilancarkan di bahagian itu. Namun begitu, pertahanan Boeungket dan ketumpulan serangan Johor DT menjadi punca kegagalan sebarang gol berjaya ditambah.

16836669_785324131630888_3783345792882047638_o

Boeungkot sekali lagi mempunyai peluang untuk merapatkan jurang kedudukan apabila Tomoki Muramatsu memiliki peluang ‘one by one’ dengan penjaga gol Johor DT, Izham Tarmizi tetapi gagal disudahkan dengan sempurna.

Pada lewat masa permainan, barulah Johor DT berjaya menjaringkan gol ketiga mereka menerusi gerakan dari bahagian ‘flank’ kanan dan dengan mudah disudahkan oleh Safiq Rahim yang keseorangan di kedudukannya itu.

Tamat perlawanan, Johor DT [3] – [0] Boeungket Angkor

16819255_785350808294887_6851378433659946520_o