Berita AFC Champions League

Komen Jurulatih Kashima Antlers Selepas Kalah Kepada Muangthong United

“Ini perlawanan ditempat lawan dan kami datang untuk menang. Satu keputusan yang mengecewakan tetapi ini baru perlawanan kedua dan kami perlu mencari kembali prestasi sebenar. Kami dapat lihat ramai penyokong yang hadir ke sini dari Jepun serta yang menyaksikan melalui televisyen di Jepun. Kami mahukan satu kemenangan untuk mereka tetapi kami tidak berjaya lakukannya – saya mohon maaf semua.”

“Muangthong adalah sebuah pasukan yang menyerang secara agresif dan serangan balas mereka cukup pantas. Selain itu mereka juga berjaya membina satu perimeter solid dan bertahan dengan kental.”

“Chanathip Songkrasin adalah seorang pemain yang mempunyai fizikal yang kuat relatif kepada susuk badan serta pemain yang ‘technically gifted’. ”

“Pada separuh masa pertama, kami banyak membuat hantaran long-ball dan kami tidak berjaya implementasikan ‘passing style’ kebiasaannya dilakukan. Dan ini bukan kerana ‘pressure’ dari pihak lawan tetapi pemain kami yang memilih untuk bermain begitu seterusnya tidak berjaya untuk ‘execute’ perancangan yang telah ditetapkan. ”

“Pada separuh masa kedua pula, kami berjaya membaiki kesilapan itu dan mampu memecahkan formasi Muangthong dan mencipta beberapa peluang menjaringkan gol. Tetapi secara keseluruhannya ia tidak seperti yang kami rancang lebih awal.”