Malaysia Berita

Faisal Halim menang Gol Terbaik Piala Asia 2023

Faisal Halim dinobatkan sebagai pemenang Gol Terbaik Piala Asia 2023.

Pemain sayap berusia 26 tahun itu meraih 85 peratus undian berbanding mana-mana pemain lain termasuk bintang Korea Selatan, Son Heung-min.

Gol itu dihasilkan pada minit ke-51 apabila rembatan Faisal berjaya melepasi 2 pemain pertahanan dan penjaga gol Korea Selatan, sekali gus menyamakan kedudukan 1-1.

Ia dilihat sebagai pencetus semangat buat Malaysia sehingga berjaya mengikat Korea Selatan 3-3.

Faisal juga merupakan pemain Malaysia pertama yang memenangi anugerah itu.

Beliau dijangka kembali beraksi bersama skuad kebangsaan apabila berdepan Bahrain dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada 21 Mac dan 26 Mac ini.