Faisal Halim digantung berkuat kuasa serta-merta dan beliau tidak boleh beraksi selama 1 bulan hingga Ogos ini.
Justeru, beliau tidak boleh disenaraikan untuk perlawanan menentang JDT, Kuala Lumpur City, Negeri Sembilan dan kedua-dua perlawanan Piala Malaysia menentang PDRM FC.
Manakala baki 3 bulan ditangguhkan tertakluk kepada kelakuan baik pemain selama 12 bulan hingga Ogos 2024.
Selangor mengesahkan penggantungan Faisal Halim berikutan kenyataan media yang dibuat beliau selepas perlawanan menentang Sabah pada April lalu.
Kesnya dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib semalam dan Selangor telah dimaklumkan mengenai keputusan tersebut hari ini.