Liga Super Malaysia Berita

JDT cemerlang dalam pra-musim Dubai, tewaskan 2 kelab Eropah

JDT menamatkan pra-musim di Dubai dengan kekalahan 3-0 kepada juara bertahan Liga Russia, Zenit St Petersburg.

Namun, keputusan itu menyaksikan JDT mencatatkan dua kemenangan iaitu 3-0 ke atas Fursan Hispania dan 1-0 Lokomotiv Moscow, mendahului 1-0 ketika berdepan Levski Sofia selain tewas 2-0 kepada FC Rostov.

Zenit mendahului seawal minit ke-10 menerusi pertahanan Rodrigão yang menyambut hantaran dari sepakan percuma.

Selang lima minit kemudian, Zenit menjaringkan gol kedua menerusi Malcom yang sebelum Ini beraksi dengan Barcelona dengan sepakan lencongan dari luar kotak penalti.

Daniela Kozlov melengkapkan kemenangan buat Zenit pada minit ke-31 apabila dia menendang masuk hantaran dari sayap hasil kerapuhan pertahanan JDT.

JDT mempunyai peluang untuk menjaringkan gol pada minit ke-87 apabila dihadiahkan sepakan penalti namun Safiq Rahim gagal sempurnakannya apabila sepakannya tersasar keluar di sebelah kiri gawang gol Zenit.

JDT dijangka tiba di tanah air dan akan melakukan persiapan terakhir sebelum bertemu Terengganu dalam Piala Sumbangsih 24 Februari ini.