Walaupun hampir tewas, juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim berjaya bangkit daripada ketinggalan apabila terikat seri 2-2 dengan Perak di Ipoh.
Guilherme De Paula menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-33. Beliau menggandakan jaringannya pada minit ke-59.
59' Gol | Guilherme de Paula menggandakan kedudukan Perak FC dengan gol keduanya!@peraktbgmy 2-0 @OfficialJohor #LigaSuper2021 pic.twitter.com/AlSsq5NexA
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 21, 2021
Namun, JDT berjaya merapatkan jurang menerusi pemain gantian Akhyar Rashid pada minit ke-75.
Ketika hampir pasti tewas, JDT dihadiahkan dengan sepakan penalti apabila bola terkena tangan Rafiuddin Roddin dalam kotak penalti pada masa kecederaan.
Leandro Velazquez mudah menyempurnakan gol penalti menjadikan kedudukan 2-2 sehingga wisel penamat.
JDT bagaimanapun kekal sebagai pendahulu liga dengan 11 mata, manakala Perak mengumpul 5 mata.
Terengganu pula tewas mengejut kepada pasukan tercorot, Sabah 2-1 dalam saingan Liga Super.
Sabah mendahului menerusi sepakan penalti Levy Madinda pada minit ke-37.
Penyerang import Sabah, Sam Johnson menggandakan jaringan pada minit ke-41.
Terengganu cuba bangkit dari ketinggalan, namun hanya meraih gol saguhati menerusi jaringan Jordan Mintah pada minit ke-78.
Terengganu kekal di tangga ke-2 dengan 10 mata, berkongsi mata dengan Kedah.
PJ City terus cemerlang apabila menang tipis 1-0 ke atas Pahang dengan jaringan tunggal oleh D Kugan pada minit ke-33.
PJ kini berada di tangga ke-5 liga dengan mengumpul 8 mata.