Astro membuat kejutan apabila berjaya mendapatkan hak penyiaran untuk semua 28 perlawanan yang melibatkan kelab divisyen ke-3 Jepun, Azul Claro Numazu.
Ini satu berita baik buat peminat tempatan apabila dapat menyaksikan aksi Hadi Fayyadh Abdul Razak di Jepun buat pertama kali secara langsung di kaca televisyen.
View this post on Instagram
Pemain berusia 21 tahun itu baru sahaja menyertai Azul secara pinjaman daripada Fagiano Okayama, bagi mendapatkan lebih banyak minit permainan pada musim 2021.
Walaupun masih belum diketahui sama ada beliau akan diturunkan, Hadi akan memakai jersi nombor 27 jika diturunkan dalam kesebelasan utama musim ini.
Peminat boleh menyaksikan perlawanan Azul Claro menentang FC Imabari bermula esok, 20 Mac pada 12 tengah hari, diikuti perlawanan menentang YSCC Yokohama pada 4 April, 12 tengah hari di Astro Arena (CH801/CH802 HD).