Nathaniel Shio Hong Wan sah akan menyertai juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim FC.
Perkara itu disahkan oleh Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards menerusi laman rasmi kelab itu, Johor Southern Tigers.
“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mencapai persetujuan untuk menandatangani pemain kacukan Malaysia, Nathaniel Shio Hong Wan dari kelab Wolverhampton Wanderers.”
Bagaimanapun, Alistair berkata perjanjian itu tertakluk kepada permohonan kerakyatan pemain tengah berusia 20 tahun itu.
“Perjanjian ini tertakluk kepada kejayaan permohonan kerakyatan Malaysia dan akan bermula apabila kontrak semasa beliau tamat pada bulan Jun.”
Nathaniel lahir di Croydon, England dan memulakan karier bolasepaknya di Yeovil sebelum berhijrah ke Wolverhampton Wanderers pada 2019 dengan kontraknya berakhir pada Jun 2021.
Beliau layak mewakili negara memandangkan ibunya berasal dari Tangkak, Johor.