Luar Negara Berita

Wan Kuzain ucap terima kasih kepada Sporting KC

Wan Kuzain Wan Kamal mengucapkan terima kasih kepada Sporting Kansas City sepanjang beliau berada dengan kelab Major League Soccer itu.

Ini selepas pemain berusia 22 tahun itu tidak ditawarkan kontrak baharu bagi saingan musim 2021.

“Kepada Sporting KC Academy, Sporting KC II dan Sporting KC, terima kasih kerana memberikan peluang kepada budak berumur 17 tahun dalam kerjaya bolasepak profesional, ini satu peluang yang tidak akan saya lupakan.

“Kepada para kakitangan kelab, peminat dan semua yang pernah saya bertemu sepanjang berada di KC, terima kasih di atas sokongan yang tidak berbelah bahagi.

“Dan kepada rakan sepasukan, yang saya anggap sebagai kawan baik, terima kasih kerana menjadikan beberapa musim saya dengan pasukan sebagai sesuatu yang saya takkan lupakan.”

Sebelum ini, bapanya Wan Kamal Wan Napi menafikan bahawa Wan Kuzain akan beraksi di Liga Malaysia.

Sebaliknya, beliau akan terus kekal beraksi di Amerika Syarikat.