Liga Super Malaysia Berita

Semua pemain Melaka United bebas COVID-19

Pengurus Melaka United, Muhammad Akram Abdullah mengesahkan seluruh pasukan termasuk pemain dan kakitangan mendapat keputusan negatif dalam ujian saringan COVID-19.

Ini selepas pasukan itu dikuarantin selepas pulang dari Sabah.

Beliau berkata, semua pemain dan pegawai menjalani ujian calitan sebanyak dua kali dan kemudian menjalani kuarantin di hotel.

Melaka juga meminta perlawanan menentang Kedah ditunda bagi membolehkan pasukan menjalani latihan.

”Sehubungan itu, kami membuat permohonan untuk menunda perlawanan berdepan Kedah yang diterima Liga Bolasepak Malaysia ( MFL) serta pasukan lawan.

“Kesempatan itu digunakan untuk pasukan menjalani latihan selepas tempoh kuarantin berakhir. Ianya penting bagi pasukan yang terganggu disebabkan COVID-19.”

Melaka akan berdepan Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Ahad ini.