Liga Super Malaysia Berita

[VIDEO] Kedah bangkit dari ketinggalan, UiTM kejutkan Pahang

Kedah bangkit daripada ketinggalan apabila menewaskan PJ City 2-1 di Stadium Darul Aman.

PJ City mendahului menerusi jaringan Washington Brandao yang gagal diselamatkan oleh Ifwat Akmal pada minit ke-16.

Kedah bagaimanapun menyamakan kedudukan menerusi jaringan menakjubkan daripada Kpah Sherman pada minit ke-24.

Meskipun begitu, Kedah terpaksa menunggu sehingga ke minit ke-68 untuk menjaringkan gol kemenangan, hasil jaringan Kipre Tchetche.

Kemenangan itu membolehkan Kedah meraih tiga mata, mengumpul 10 mata dan kini berada di tangga ketiga di belakang Terengganu, dan hanya dipisahkan dengan perbezaan jumlah jaringan.

UiTM juga mengumpul 10 mata apabila membuat kejutan menewaskan Pahang 1-0.

Rafie Yaacob menjaringkan satu-satunya gol pada minit ke-63 dan UiTM kini berada di tangga keempat dalam Liga Super.

PDRM dan Felda terpaksa berkongsi mata apabila mencatatkan keputusan 1-1.

PDRM mendahului menerusi Eskandar Ismail sebelum Khairul Amri menyamakan kedudukan.

Keputusan itu sedikit pun tidak mengubah kedudukan PDRM yang masih berada di tangga tercorot liga dengan -1, ekoran pemotongan mata disebabkan kegagalan menyelesaikan tunggakan gaji pada tempoh ditetapkan.