Luar Negara Berita

[VIDEO] Luqman Hakim akhirnya tiba di Belgium

Selepas lebih 15 jam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Luqman Hakim Shamsudin akhirnya tiba di bumi Belgium untuk menyertai pasukannya KV Kortrijk secara rasmi pada musim baharu 2020/2021.

Ini selepas pemain berusia 18 tahun itu menandatangani kontrak lima tahun dan akan menyertai skuad bawah umur pasukan itu.

Ia satu penantian yang cukup lama buat Luqman, dengan perpindahan itu tertunda sejak awal tahun ini.

Malah, penularan wabak COVID-19 yang merebak ke seluruh dunia mengekang Luqman daripada menyertai pasukan itu lebih awal. Pelbagai cabaran yang dihadapi Luqman sehingga terpaksa menyertai Selangor buat sementara waktu.

Namun, penantian itu berakhir sebaik sahaja Luqman tiba di Belgium.

Luqman akan memakai jersi nombor 9 sepanjang musim ini, yang dilihat sebagai satu pengiktirafan kepada bakat yang ada pada dirinya.

Peminat juga berpeluang untuk memenangi jersi yang ditandatangani oleh Luqman.

Semoga berjaya Luqman! Harumkan nama negara!