Liga Super Malaysia Berita

MFL akan memohon tiga perkara penting

CEO MFL, Datuk Ab Ghani Hassan mendedahkan beliau akan memohon tiga perkara penting iaitu latihan fasa 2, kebenaran kemasukan penyokong di stadium dan memulakan saingan Liga Malaysia lebih awal.

Ini selepas Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membenarkan MFL untuk menghantar permohonan baharu.

“Permohonan MFL untuk latihan fasa 2 nanti di mana kemungkinannya di peringkat awal ini dibenarkan 10 peratus atau 15 peratus daripada kapasiti stadium,” katanya kepada Sinar Harian.

“Permohonan ini diharapkan dapat membantu memberikan hasil pendapatan khususnya kepada pasukan bertanding yang mana seperti diketahui sememangnya memerlukan pendapatan sampingan dalam suasana sekarang.”

Pada masa sama, Liga Malaysia dijangka bersambung lebih awal dari rancangan sebelum ini.

“Memang kita rancang untuk saingan liga bersambung pada September, tetapi kita akan mohon disambung lebih awal iaitu pada Ogos disebabkan petunjuk aras COVID-19 yang positif hinggakan kelonggaran operasi diberikan kepada beberapa aktiviti dan industri lain ketika ini.

Setakat ini, itu, masih terdapat lapan pasukan Liga Super dan lapan pasukan Liga Premier belum menjalani sesi latihan fasa 1.