Malaysia Berita

Bapa Marcel Kalonda juga berasal dari Sabah

Marcel Kalonda mendedahkan buat pertama kali bahawa bukan datuknya sahaja yang berasal dari Sabah, malah bapanya juga berasal dari Negeri Di Bawah Bayu itu.

Ini menguatkan lagi status warisan pemain berusia 22 tahun itu untuk layak mewakili Malaysia.

Malah, Tan Cheng Hoe turut mengalu-alukan kehadiran Kalonda yang disifatkannya mampu mengukuhkan pertahanan negara.

Kini, Kalonda sedang menunggu surat dari Persatuan Bolasepak DR Congo untuk mengesahkan bahawa beliau tidak pernah mewakili negara kelahirannya.

“Saya mahu mewakili negara bapa saya kerana ia bagaikan satu rahmat,” katanya kepada Astro Arena.

“Saya ingat lagi bahawa dia pernah berkata bahawa dia adalah rakyat Malaysia.

“Saya cuma memerlukan satu dokumen yang membuktikan bahawa saya tidak pernah mewakili skuad kebangsaan Congo sekali gus membolehkan saya beraksi buat Malaysia.

“Saya sudah bersedia beraksi untuk Malaysia malah kalau diminta FAM ke sana secepat mungkin, saya sudah bersedia.”

Ketika ini, Kalonda beraksi dengan kelab ZESCO United, juara bertahan Liga Zambia.