Liga Super Malaysia Berita

Dominique Da Sylva terkejut dengan budaya bolasepak Malaysia

Penyerang import Terengganu FC, Dominique Da Sylva mendedahkan beliau terkejut dengan budaya bolasepak Malaysia apabila menerima sokongan yang luar biasa walaupun baru sahaja berada di negara ini selama tiga bulan.

Pemain berusia 30 tahun yang berasal dari Mauritania itu mengakui ia merupakan satu pengalaman baharu buatnya, terutamanya apabila menerima sokongan padu daripada penyokong Terengganu.

“Inilah bezanya yang saya rasai jika nak dibandingkan di kelab lama saya ketika di Vietnam, Cyprus dan Mesir iaitu sokongan luar biasa daripada peminat.

“Penyokong di sini begitu mengalu-alukan kehadiran saya dan walaupun saya baru lagi dalam Liga Malaysia, tetapi mereka begitu ghairah menyokong selain percaya akan kemampuan saya dan kerana itulah, saya tidak mahu mengecewakan mereka.

“Ia membuatkan saya lebih fokus dan lebih bersemangat untuk memberi kemenangan kepada pasukan dan tidak akan sia-siakan kepercayaan yang turut diberikan oleh penyokong.”

Da Sylva merupakan penjaring terbanyak Liga Malaysia setakat ini dengan empat gol.