Liga Super Malaysia Berita

[VIDEO] Tidak boleh duduk diam di rumah, Safawi Rasid lancar produk pembasmi kuman

Selepas liga ditunda kerana penularan COVID-19 dan berada dalam perintah kawalan pergerakan, Safawi Rasid mengambil inisiatif melancarkan produk cecair basmi kuman.

Pemain berusia 22 tahun itu berkata beliau membuat keputusan tersebut selepas mendapati stok barangan itu semakin berkurangan di pasaran.

“Saya dah keluarkan produk saya sendiri ‘hand sanitizer’, jenama saya sendiri. Saya buat ini sebab saya tengok sanitizer di pasaran sudah kurang,” kata Safawi dalam satu klip video di Instagram miliknya.

“Jadi saya harap apa yang saya buat ini dapat mengurangkan lagi jangkitan di Malaysia dan harap benda ni tak berleluasa di mana-mana.

“Tapi korang pun kena tolong diri korang sendiri dan orang tersayang supaya jangan ke mana-mana dan duduk saja di rumah.”