Liga Super Malaysia Berita

Syed Saddiq: Berbaloi kos RM10 juta baiki Stadium Nasional Bukit Jalil

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menganggap kos kos kira-kira RM10 juta bagi menaik taraf Stadium Nasional Bukit Jalil adalah berbaloi bagi memastikan stadium itu memiliki padang yang lebih berkualiti dan tahan lama.

Katanya ia juga bagi memastikan padang stadium bersesuaian dengan cuaca di negara ini.

“Kita dapat maklum balas daripada pihak industri sukan dan rakan-rakan media bahawa padang kita bagus tapi tidak terbaik jadi ia mesti kena ada standard tinggi dan kita ada berbincang dengan persatuan dan memuktamadkan untuk naik taraf padang,” katanya kepada Bernama.

“Kita nak pastikan stadium yang merupakan ‘padang rumah’ bagi Harimau Malaya dalam keadaan terbaik, tahan lama, walaupun kos tinggi, pelaburan berbaloi.”