Pengendali utama Tottenham Hotspur, Jose Mourinho memberi pujian kepada budak pengutip bola yang melakukan tugasnya dengan cemerlang pada awal pagi tadi.
Tindakan budak pengutip bola itu yang pantas memberikan bola untuk lontaran ke dalam buat Spurs telah membantu mereka mendapatkan gol penyamaan selepas Harry Kane mudah menyempurnakan hantaran lintang Lucas Moura.
Quick play by the ballboy 😅 pic.twitter.com/1EVGBOFir1
— Aysha Ridzuan (@ayshardzn) November 26, 2019
‘Untuk melakukan itu, anda perlu menjadi seorang pengutip bola yang bagus. Saya merupakan seorang budak pengutip bola yang bagus ketika berumur 10 hingga 16 tahun. Budak itu adalah seorang pengutip bola yang bagus’, katanya lagi.
‘Dia (budak pengutip bola) faham permainan ini, baca permainan ini dan tidak hanya melihat ke bumbung stadium dan sebagainya. Tetapi dia melakukan tugas yang baik. Saya ingin menjemputnya ke bilik persalinan untuk meraikan bersama pemain tetapi dia hilang’, tambahnya lagi.
Mourinho wanted the ball boy to celebrate with Tottenham's players 🥳 pic.twitter.com/5jH46YHpZv
— GOAL (@goal) November 27, 2019
Terdahulu, Spurs terpaksa berhempas pulas untuk bangkit daripada ketinggalan 2-0 dan memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 4-2 sekaligus melayakkan mereka ke pusingan 16 pasukan terbaik.