Malaysia Liga Super Malaysia

Kedah umum barisan pemain baru musim 2020

Juara Piala FA dan finalis Piala Malaysia 2019, Kedah telah mengadakan satu sidang media khas bagi menjelaskan perkembangan semasa pasukan serta persiapan bagi menghadapi musim 2020.

Terdapat beberapa pengumuman yang telah dibuat pada sidang media tersebut seperti barisan pemain bagi musim 2020 dan sasaran pasukan pada musim baru. 

Seramai 10 pemain yang tidak disambung kontrak termasuklah tiga tonggak import utama Jonathan Bauman, Fernando Rodriguez, dan Edgar.

Manakala 13 pemain telah ditawarkan kontrak baru. Antara pemain-pemain tersebut adalah Baddrol Bakhtiar, Renan Alves, Shakir Hamzah, Zaquan Adha, Khairul Helmi Johari, Azmeer Yusof, Farhan Roslan, dan Ifwat Akmal.

#2020 Pemain yang kekal bersama skuad hijaukuning!

Posted by FA Kedah on Tuesday, 26 November 2019

Dalam pada itu, enam pemain yang masih dalam kontrak iaitu seperti N Thanabalan, Fadzrul Danel, dan Fayadh Zulkifli pula akan terus dikekalkan. Aiman Afif dan Luqman Hakim Marzuki adalah dua pemain pasukan presiden yang diserap ke dalam pasukan utama.

#2020 Pemain yang masih berkontrak bersama skuad hijaukuning!

Posted by FA Kedah on Tuesday, 26 November 2019

Sementara itu, enam pemain tempatan baru turut diumumkan bagi menguatkan pasukan. Enam pemain tersebut adalah Hadin Azman, Irfan Zakaria, Shahril Shaari, Jafri Chew, Zulkhairi Zulkifli, dan Tam Sheang Tsung. Penjaring terbanyak Liga Super musim lepas, Kpah Sherman dan bekas penyerang Terengganu FC pula adalah dua pemain import baru pasukan Helang Merah.

#2020 Pemain tempatan baharu skuad hijaukuning!

Posted by FA Kedah on Tuesday, 26 November 2019

Selain itu, Kedah masih memiliki satu slot pemain import Asia yang masih dalam proses urusan dan difahamkan posisi tengah akan menjadi keutamaan. Terdapat tiga atau empat pemain tengah yang berada dalam radar ketua jurulatih, Aidil Sharin buat masa ini.

#2020 Pemain import baharu skuad hijaukuning!

Posted by FA Kedah on Tuesday, 26 November 2019

Pasukan Hijau Kuning menyasarkan untuk layak ke peringkat kumpulan Asian Champions League (ACL) dan memenangi Liga Super 2020.