Malaysia Berita

Khairul Azhan kekal fokus

Menurut sumber Stadium Astro, penjaga gawang negara, Khairul Azhan Khalid tidak mahu terbuai dengan pujian diatas aksi cemerlang yang dipamerkan pada Khamis lepas ketika membantu Malaysia membenam Thailand 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Khairul Azhan kembali mendapat kepercayaan ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe untuk dua perlawanan sebelum ini ketika menentang Tajikistan dan Thailand. Sebelum ini, posisi tersebut didominasi oleh penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Farizal Marlias.

https://twitter.com/mfo_92/status/1194984889424048129

Pada Khamis lepas, penjaga gol pasukan Selangor ini menunjukkan persembahan yang memuaskan dengan menghalang beberapa percubaan bahaya daripada pasukan Thailand.

‘Saya pernah takut dengan pujian seperti di laman sosial peribadi. Kadang-kadang ianya boleh membuatkan pemain meninggi diri atau menjatuhkan prestasi diatas padang’, tegasnya lagi.

Kali terakhir pemain ini dipanggil untuk mewakili negara adalah ketika dibawah bimbingan Nelo Vingada sebagai ketua jurulatih.

Khairul Azhan turut mengakui akan prestasinya yang tidak menentu bersama pasukan Selangor bagi musim ini dan terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan tempat.

Pemain kelahiran Kuantan ini berharap agar mampu membalas kepercayaan yang telah diberi dengan memberikan yang terbaik sekiranya diturunkan pada perlawanan menentang Indonesia Selasa ini.