Malaysia Berita

Rowley idam sertai Harimau Malaya

Pemain tengah kelahiran Australia yang mempunyai kerakyatan Malaysia, David Rowley menyimpan cita-cita untuk mengikuti jejak langkah Brendan Gan mewakili skuad Harimau Malaya dalam satu temu bual bersama Astro Awani.

Pemain tengah skuad Hijau Kuning itu mempamerkan aksi cemerlang selepas menyumbat dua gol menerusi tandukan dalam saingan suku akhir menentang pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP). Rowley yang berusia 26 tahun menjadikan Brendan Gan sebagai idola dalam bola sepak. 

‘Brendan Gan menghadapi kesukaran sebelum ini dan dilanda kecederaan lutut Anterior Cruciate Ligament (ACL) sebanyak dua kali sebelum bangkit dengan persembahan bertenaga. Dia (Brendan) juga menjaringkan gol cantik bersama Perak dan semestinya saya ingin bergandingan bersama satu hari nanti’, tambahnya lagi. 

Rowley turut berasa bersyukur dengan tindakannya untuk berpindah ke pasukan Kelantan kerana pengendali pasukan ketika itu Marko Kraljevic memainkan peranan penting dalam menukar posisinya daripada pemain serangan kepada pemain tengah. 

Tambahnya lagi, pengendali pasukan Kedah, Aidil Sharin Sahak yang dulunya bermain di posisi tengah banyak memberi tunjuk ajar dan persembahannya kini bertambah baik.

Dalam pada itu, Kedah akan melayan kunjungan Pahang di Stadium Darul Aman sabtu ini bagi aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2019.