Luar Negara Berita

Rekod Solskjaer dan tiga pengurus United sebelum ini

Hujung minggu yang buruk buat peminat Manchester United apabila tewas ke atas West Ham di Stadium London.

Dua jaringan daripada pemain West Ham – Andriy Yarmolenko dan Aaron Cresswell – telah meletakkan United dalam dua kekalahan berturut-turut.

Kekalahan ini juga telah mendapat kritikan daripada bekas pemain seperti Roy Kean yang mengatakan bahawa ‘Man United telah jauh terjatuh’ sejak Sir Alex Ferguson meletak jawatan.

Bekas pengendali United, Jose Mourinho turut menyatakan bahawa Red Devils semakin buruk di bawah penggantinya, Ole Gunnar Solskjaer.

Walaupun beliau berjaya memberi aksi permulaan yang luar biasa, tetapi hasilnya mula mengerikan sejak Solskjaer diberi kontrak tetap di Old Trafford.

Berikut adalah rekod Solskjaer selepas 17 perlawanan berbanding dan perbandingan dengan tiga pengurus lain selepas Sir Alex Ferguson.

Ole Gunnar Solskjaer

Menang: 5

Seri : 4

Tewas : 8

Jaringan : 16

Bolos : 24

Peratusan kemenangan : 29 peratus

Semasa permulaan kehadiran Solskjaer di United, beliau telah memecah banyak rekod termasuk menjadi pengurus pertama United yang memenangi enam perlawanan permulaan dan mengumpul mata paling banyak dari mana-mana pengurus dalam 10 perlawanan pertama.

Tetapi semuanya hilang selepas beliau hanya berjaya mencipta empat kemenangan dalam 14 aksi Liga Perdana dan semestinya penyokong mengharapkan suatu perubahan yang besar kepada United pada musim ini.

David Moyes

Menang: 10

Seri : 4

Tewas : 3

Jaringan : 30

Bolos : 16

Peratusan kemenangan : 58 peratus

Louis van Gaal

Menang: 9

Seri : 4

Tewas : 4

Jaringan : 29

Bolos : 21

Peratusan kemenangan : 52 peratus

Jose Mourinho

Menang: 9

Seri : 3

Tewas : 5

Jaringan : 25

Bolos : 18

Peratusan kemenangan : 52 peratus