Kolum

Lewandowski masih berbisa

Penyerang berpengalaman Poland, Robert Lewandowski masih mengekalkan ketajaman beliau di hadapan gol dengan meledak 10 gol dalam enam perlawanan bersama Bayern Munich musim ini.

Pemain berusia 31 tahun itu beraksi dengan cemerlang dengan mencetak gol dalam setiap perlawanan yang diharungi. Suntikan muka baru di bahagian serangan seperti Philipe Coutinho dan Ivan Perisic. Ini bukan satu perkara yang aneh kerana Lewandowski telah berjaya menggondol anugerah penjaring terbanyak sebanyak empat kali termasuk yang terbaru pada musim lepas dengan 22 jaringan secara keseluruhan.

Kehilangan dua bekas pemain berpengelaman iaitu Franck Ribery dan Arjen Robben  yang banyak membantu barisan serangan Bayern selama ini tidak menjadi satu masalah besar buat Lewandowski untuk terus menggegar jaring. Persembahan konsisten pada setiap perlawanan juga atas faktor keserasian bersama pemain muda seperti Serge Gnabry dan Kingsley Coman.

Pada minggu lepas, kelab Jerman ini memulakan kempen Liga Juara-Juara Eropah dengan kemenangan mudah 3-0 keatas kelab Serbia, FK Crvena zvezda. Bayern dijangka tidak menghadapi masalah untuk melepasi saingan peringkat kumpulan selepas diundi bersama finalis tahun lalu, Tottenham Hotspur dan Olympiacos.

Bayern yang kini dikendalikan oleh Niko Kovac cemerlang dengan mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini tetapi keciciran mata selepas seri dua kali ketika bertemu Hertha Berlin dan RB Leipzig. Bayern ketinggalan dua mata di belakang pendahulu liga RB Leipzig dan menduduki tangga kedua.