Piala Malaysia Berita

Kipre Tchetche sedih Suffian pergi

Penyerang berbisa Terengganu FC (TFC), Kipre Tchetche tanpa berselindung meluahkan perasaan sedih apabila kehilangan rakan sepasukan, Mohd Suffian Rahman yang meninggal dunia akibat serangan jantung, minggu lalu.

Biarpun berjaya membenam Negeri Sembilan dengan jaringan hatrik, kegembiraan itu tidak dapat menutup kesedihan pemergian penjaga gol utama TFC.

“Bagi saya ia perlawanan penuh emosi kerana kami baru kehilangan rakan sepasukan beberapa jam sebelum sepak mula, ia berlaku begitu pantas selepas hanya dua minggu tidak berjumpa, saya begitu sedih sehingga sukar melelapkan mata pada malam itu.

“Kami bermain dengan baik dan cuba melupakan kesedihan itu selain mahu mendedikasikan perlawanan itu buat Suffian kerana dia (arwah) banyak menyelamatkan gawang gol terutama ketika menentang JDT pada separuh akhir musim lalu,” kata Tchetche kepada BH Sukan.