Piala Malaysia Berita

Aidil mahu serangan Kedah lebih tajam

Kedah bakal turun menentang PKNS FC, malam ini di Stadium Darul Aman bagi memburu tiga mata penuh selepas dua episod seri sebelum ini.

Fokus pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak pastinya terarah kepada ketajaman barisan hadapan dalam memanfaatkan peluang yang terhidang.

“Faktor ketajaman akan terus diberi perhatian dan penekanan itu penting dalam usaha kami untuk memburu tiga mata pada perlawanan kali ini.” Katanya kepada BH Sukan.

Aidil mahu para pemain mengambil pengajaran daripada kesilapan pada perlawanan sebelum ini.