Liga Super Malaysia

Live Streaming K League Classic: Jeju United vs Ulsan Hyundai

Seperti yang kami terangkan pada minggu lepas, K League Classic telah masuk ke pusingan pecahan, di mana enam pasukan teratas di carta liga akan bersaing untuk kejuaraan liga.

Minggu ini, Jeju United and menerima kunjungan Ulsan Hyundai dalam pertembungan di antara pasukan kedua dan ketiga K League Classic.

Ulsan memang tidak mampu tewas di dalam perlawanan ini sekiranya mereka mahu meraih kejuaraan liga. Minggu lepas, mereka ditewaskan oleh Suwon Bluewings dan akibatnya, Suwon hanya tiga mata di belakang Ulsan Hyundai. Hanya tiga pasukan teratas akan mendapatkan slot automatik ke Liga Juara-Juara Asia.

Bagi Jeju pula, perlawanan ini memberikan peluang yang cukup bagus untuk mengukuhkan aspirasi kejuaraan liga mereka. Walaupun tewas di tangan Jeonbuk Hyundai beberapa minggu lalu, jurang mata berjaya dikurangkan minggu lepas apabila Jeonbuk seri 0-0 dengan FC Seoul manakala Jeju pula sempat menewaskan Gangwon FC.

Kedua-dua pasukan telah bertemu tiga kali tahun ini dan memang terang bahawa Jeju mempunyai ‘head to head’ record yang lebih bagus. Tapi perlawanan ini membabitkan dua pemain yang berkebolehan mencipta magis pada bila-bila masa sahaja – Mislav Orsic (Ulsan) dan Magno (Jeju United)

Jom saksikan Live Streaming K League Classic: Jeju United vs Ulsan Hyundai (Hanya untuk pengguna Celcom buat masa ini)