Luar Negara Berita

PES 2020 terus tewaskan FIFA 2020

Konami terus mencabar pesaingnya, EA Sports selepas eFootball Pro Evolution Soccer 2020 kini mendapat hak lesen sepenuhnya ke atas Serie A.

PES 2020 yang akan datang telah bekerjasama dengan liga Itali dan kini akan memasukkan logo rasmi Serie A, trofi dan lencana kelab-kelab yang bersaing.

Walaupun perjanjian itu tidak eksklusif, ia memperkuatkan lagi kedudukan PES 2020 di dalam dunia permainan video.

Konami telah menandatangani perjanjian dengan Bayern Munich, Barcelona, ​​Arsenal dan Manchester United, termasuk perjanjian terbesar dengan Juventus yang menewaskan FIFA 2020.

Syarikat yang bertapak di Jepun juga turut bersetuju untuk mendapatkan perjanjian eksklusif dengan Boca Juniors dan River Plate untuk PES 2020.