Luar Negara Berita

Penduduk Barca percaya, Coutinho kena sumpahan

Penduduk tempatan di Castelldefels, Barcelona telah meramalkan bahawa Philippe Coutinho akan terkena ‘sumpahan Barca’.

Coutinho yang telah berpindah secara pinjaman ke Jerman telah melengkapkan perpindahan ke Bayern Munich pada Ahad lalu dengan melibatkan £ 7.78 juta sebagai yuran pinjaman awal.

Menurut laporan ESPN, penduduk Castelldefels percaya bahawa pemain baharu Bayern Munich itu terkena ‘sumpahan’ ketika di Barcelona.

Laporan itu mengatakan bahawa bukti-bukti sebelum ini telah menunjukkan bagaimana Cesc Fabregas bergelut untuk mencapai tahap permainan terbaik beliau.

Selain itu, penduduk Castelldefels juga percaya bahawa ‘sumpahan’ itu telah terkena pada Thomas Vermaelen sebelum beliau berpindah ke Vissel Kobe.

Begitu juga dengan pemain yang dipinjamkan ke Everton musim lalu, Andre Gomes.

Sekarang Coutinho yang telah dikaitkan dengan Bayern Munich beberapa minggu lalu, telah keluar dari Camp Nou dan menjadi mangsa kepada ‘sumpahan Barca’.