Luar Negara Berita

Video – Diego Forlan ucap selamat jalan

Bekas penyerang Villarreal dan Atletico Madrid, Diego Forlan telah mengumumkan persaraannya dari bola sepak pada usia 40 tahun.

Pemain kelahiran Uruguay memilih untuk bersara setelah mencapai pelbagai kejayaan bersama Villareal, Manchester United, Atletico Madrid dan Inter Milan.

“Selepas 21 tahun, saya membuat keputusan untuk menamatkan kerjaya sebagai pemain bola sepak profesional,” kata Forlan dalam media sosial.

“Tahap indah yang penuh dengan kenangan dan emosi yang hebat, tetapi cabaran baru akan menunggu.

“Terima kasih kepada semua orang yang menemani saya dalam perjalanan ini.”

Forlan berjaya memenangi beberapa penghargaan peribadi antaranya adalah Kasut Emas pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, pingat Trofi Pichichi pada musim 2008/2009 dan Kasut Emas pada kejohanan UEFA  tahun 2005.