Malaysia Berita

Malaysia B-18 tewas tipis dengan Vietnam

Skuad bawah 18 (B-18) tahun negara terpaksa akur selepas tewas 0-1 kepada Vietnam dalam aksi pembukaan Kejohanan AFF B-18 di Stadium Thong Nhat, Ho Chi Minh.

Kekalahan ini menyaksikan skuad negara gagal mengikut jejak langkah skuad B-15 yang berjaya menundukkan Vietnam 3-1 dalam aksi separuh akhir di Kejohanan AFF B-15 di Chonburi, Thailand.

Gol tunggal perlawanan terhasil melalui pemain Vo Minh Trong pada minit ke-88 telah meletakkan cabaran kepada skuad negara yang bakal bertemu Singapura, Jumaat ini.

Mereka perlu menang menentang pasukan jiran jika mahu menghidupkan peluang ke peringkat seterusnya.