![](https://football-tribe.com/malaysia/wp-content/uploads/sites/13/2020/09/20200911_234055-800x533.jpg)
JDT melebarkan jurang dengan mengumpul 19 mata apabila menewaskan Terengganu 1-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.
JDT mendahului seawal minit ke-5 menerusi jaringan Safawi Rasid yang mengambil di atas kesilapan penjaga gol Terengganu, Sharmiza Yusoff.
Namun selepas gol itu, setiap serangan JDT berjaya dipatahkan oleh Terengganu.
5' | GOL SAFAWI RASID!@OfficialJohor membuka tirai jaringan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menerusi jaringan Safawi Rasid.#CIMBLigaSuper2020#TERJDT#MFLLive pic.twitter.com/A7ZV8VSf2P
— MFL LIVE (@MFL_Live) September 11, 2020
Pasukan tuan rumah bagaimanapun gagal menghasilkan gol sepanjang perlawanan dan kekal dengan 10 mata.
Perak mengambil kesempatan di atas kegagalan tersebut apabila meraih kemenangan 1-0 ke atas UiTM FC hasil jaringan Shahrel Fikri pada minit ke-4.
4' | GOL SHAHREL FIKRI!@peraktbgmy kini mendahului @uitmfclions menerusi tandukan Shahrel Fikri. #CIMBLigaSuper2020#PRKUiTM#MFLLive pic.twitter.com/H030PWwHT6
— MFL LIVE (@MFL_Live) September 11, 2020
The Bos Gaurus kini mengumpul 11 mata, dengan perbezaan 8 mata berbanding JDT.
Melaka United juga gagal mengambil peluang untuk merapatkan kedudukan selepas sekadar seri 1-1 menentang Selangor.
39' | GOL UCHE AGBA!
@MelakaUnitedSA kini mendahului @FASelangorMy menerusi jaringan Uche Agba. #CIMBLigaSuper2020#SELMEL#MFLLive pic.twitter.com/1UWpHuKDwc
— MFL LIVE (@MFL_Live) September 11, 2020
Melaka mendahului menerusi Uche Agba pada minit ke-39 dan Selangor menyamakan kedudukan pada minit ke-40 menerusi jaringan Sandro da Silva.
40' | GOL SANDRO!@FASelangorMy menyamakan kedudukan menerusi jaringan Sandro Da Silva. #CIMBLigaSuper2020#SELMEL#MFLLive pic.twitter.com/kFjJJw5ZLz
— MFL LIVE (@MFL_Live) September 11, 2020
Kedua-dua pasukan itu berkongsi 10 mata selepas beraksi dalam 7 perlawanan setakat ini.
Perlawanan Liga Super berbaki empat perlawanan sahaja lagi.