Luar Negara Berita

Xavi mengamuk aksi pertama Liga Juara-Juara Asia

Xavi Hernandez mengamuk apabila pengadil enggan memberi penalti kepada pasukannya, Al Sadd  selepas bola terkena tangan pemain pasukan lawan, Al Duhail dalam aksi Liga Juara-Juara Asia, semalam.

Perlawanan tersebut merupakan perlawanan pertama Xavi selaku pengendali Al Sadd dalam kancah Liga Juara-Juara Asia.

Tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil, Xavi bertindak menendang botol yang berada di tepi padang sehingga kasutnya tertanggal.

Pemain Al Sadd, termasuk kapten, Gabi percaya bahawa sepatutnya mereka dihadiahkan sepakan penalti kerana dengan jelas bola terkena pemain lawan, tetapi pengadil tetap dengan pendirian beliau dan perlawanan kekal dengan keputusan seri 1-1.