Luar Negara Berita

Video : Ronaldo tewaskan Messi sekali lagi…

Cristiano Ronaldo adalah ahli sukan yang dikagumi tahun ini, berdasarkan tinjauan terbaru yang dijalankan oleh YouGov.

YouGov mengumpulkan senarai lelaki dan wanita yang paling dikagumi pada tahun 2019, dengan lebih 42,000 orang dari 41 negara dirujuk untuk melengkapkan senarai nama tersebut.

Pemenang Ballon d’Or lima kali Ronaldo adalah atlet dengan undian tertinggi, mendaki tiga tempat ke tempat ketujuh dalam senarai lelaki – dua tempat di hadapan Lionel Messi.

Kedua-duanya – Ronaldo dan Messi – telah menguasai peringkat tertinggi bola sepak dan lebih diminati berbanding Presiden Amerika Syarikat dan Pope Francis.