Luar Negara Berita

Video : ‘Kalau kami menang Liga Juara-Juara, saya dah tinggalkan kerusi ini’

Mauricio Pochettino mendedahkan, sekiranya pasukan Tottenham berjaya memenangi perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada Jun lepas menentang Liverpool, dia mungkin telah meninggalkan kelab itu.

Walau bagaimanapun, jurulatih Argentina mengakui beliau akan meninggalkan kedudukannya sekiranya mereka berjaya mengangkat piala di Madrid.

“Mungkin jika ia adalah keputusan yang berbeza selepas perlawanan akhir, anda mungkin berfikir bahawa ini mungkin masanya untuk melangkah keluar dari kelab dan memberi mereka kemungkinan yang benar-benar baru dengan kakitangan kejurulatihan baru,” katanya.

“Namun selepas perlawanan akhir, saya rasa ini bukan cara hebat untuk menyelesaikan seperti ini, saya bukan orang yang mengelak dari menghadapi masalah atau keadaan yang sukar.

“Saya suka cabaran besar, satu cabaran yang sukar dan sudah tentu untuk membina semula mentaliti itu untuk membolehkannya mengulangi musim yang sama, yang menarik dan bermotivasi,” kata Pochettino.