Sir Alex Ferguson adalah seorang pemimpin ‘kejam’ yang menuntut rasa hormat dari pemainnya.
Jika anda melakukan sesuatu diluar jangkaan, Ferguson sering menggunakan ‘hairdryer treatment’ sebagai hukuman ; satu daripada hukuman yang terkenal di kem Manchester United pada satu ketika dahulu.
John O’kane, salah seorang pemain daripada akademi Kelas ’92 mempunyai cerita ketika beliau datang ke tempat latihan dengan memakai subang telinga berlian.
Dan ianya tidak diterima dengan baik oleh Ferguson ketika itu.
“Saya berumur 18 tahun dan saya fikir mengapa tidak [boleh] pakai subang [daripada] berlian.” dia memberitahu SPORTbible.
“Kami mempunyai wang yang baik pada masa itu, £ 200 seminggu sebenarnya itu [cukup] banyak untuk kelas ’92 pada masa itu.
“Kami pergi ke latihan dan ketika saya berjalan menaiki tangga, subang telinga saya berkilauan.
“Sir Alex semestinya [perasan] oleh kilauan [tersebut]. Dia hanya memandang saya dan berkata ‘ke pejabat sekarang.’ ”
“Saya fikir ‘apa kesalahan yang saya lakukan sekarang’ kerana saya berasa bebas, saya rasa itulah yang dia suka tentang saya,
“Dia kemudian berkata ‘apa benda bodoh yang di telinga anda?’ Saya menjawab ‘apa maksud bos?’ wajahnya merah.
“Dia berkata tidak ada peluang subang telinga itu dipakai di sini. Ferguson melihat segala-galanya, anda tidak boleh lari darinya.”
O’Kane ketika mengulas tentang Jesse Lingard, di mana telah menyebabkan kontroversi minggu ini.
Pemain berusia 44 tahun itu percaya pengurus Ole Gunnar Solskjaer perlu menunjukkan siapa yang berkuasa di kelab ini.
“Ketika saya melihat Jesse Lingard membuat perkara yang tidak masuk akal untuk pengikut Instagramnya, saya merasa [perkara tersebut] memalukan kelab.” katanya.