Luar Negara Berita

‘Kami bertahan seperti budak-budak’

Penyerang Barcelona, Luis Suarez mengakui bahawa mereka bertahan seperti kanak-kanak ketika melepaskan gol keempat di mana menjadi gol kemenangan buat Liverpool berikutan kekalahan 4-0 di Anfield bagi saingan Liga Juara-Juara.

“Untuk gol keempat kami nampak seperti budak sekolah, kami perlu bersedia untuk berdepan semua kritikan yang akan kami terima sekarang,” kata Suarez.

“Kami amat sedih, kesakitan yang cukup banyak, kami tetapi merasainya sekali pun kami profesional.”

Beliau juga menyatakan bahawa pemain Barcelona hanya perlu menyalahkan diri mereka sendiri berikutan kekalahan di tangan Liverpool.

“Kami perlu mengkritik diri kami kerana ini kali kedua perkara yang sama berlaku kepada kami. Kami tidak boleh melakukan kesalahan yang sama untuk dua tahun berturut-turut, ada begitu banyak perkara perlu dipertimbangkan dan perlu difikirkan semula,” kata Suarez.

“Mereka (Liverpool) melakukan apa yang mereka ingin lakukan, iaitu menjaringkan gol awal. Mereka mempercayainya sejak minit pertama sehingga akhir.” Katanya