Berita AFC Champions League

JDT buru tiga mata, Kashima siap sedia

Johor Darul Ta’zim (JDT) akan bertemu Kashim Antlers (Jepun) pada saingan Kumpulan E bagi saingan Liga Juara-Juara (ACL) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Biarpun peluang untuk layak ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) tampak samar, tetapi JDT masih mengidam slot berkenaan dan misi sukar menanti mereka apabila perlu menang kedua-dua perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

“Secara matematik kita masih boleh layak seandainya menang dalam kedua-dua perlawanan menentang Kashima (Antlers) dan Gyeonnam FC, tetapi ia bukanlah tugas mudah kerana anda sendiri tahu reputasi kedua-dua pasukan dan sudah tentu Shandong Luneng FC tidak akan tewas pada baki perlawanan mereka.

“Kami tidak mahu fikirkan slot ke pusingan seterusnya, sebaliknya apa yang kami rancang dalam tempoh singkat adalah membentuk taktikal mantap bagi memberi saingan kepada kelab dari Jepun yang pernah menewaskan kami 2-1 pada aksi pusingan pertama.

“Apa yang penting, kami mahu meneruskan corak permainan dirancang dan saya akan menurunkan kesebelasan terbaik termasuk kehadiran semula Mauricio Nascimento yang tidak beraksi ketika menewaskan FELDA United, baru-baru ini,” katanya.

Bagi juara bertahan, Kashima Antlers FC mengakui bahawa JDT adalah lawan yang sukar terutama apabila JDT bakal beraksi dihadapan penyokong sendiri.

Bagi ketua jurulatih, Go Iowa menganggap misi utama kelab dari Jepun itu adalah meneruskan rentak kemenangan dan sentiasa berwaspada kerana JDT mampu untuk melakar kejutan.

“Jadi aksi malam esok penting bagi kami dan perlu menang jika mahu terus memburu slot ke pusingan seterusnya, saya tidak nafikan kita kena berwaspada dengan kebangkitan JDT yang mahu mencari kemenangan pertama dalam saingan ACL.

“Apa pun saya lega kerana tiada kecederaan serius dialami barisan pemain utama dan tidak berdepan masalah menurunkan kesebelasan utama dan misi kami ke Johor adalah mencari kemenangan serta perlu mengelak keputusan seri atau kalah.

“Sebalik mencari kemenangan, kami berdepan masalah menyesuaikan diri dengan cuaca yang panas malah ketika sesi latihan ringan, semalam, beberapa pemain mengadu mereka kepenatan apabila berlatih dalam cuaca panas,” katanya.