Luar Negara Berita

Video : Akibat gagal jaringkan penalti, pemain ini ditamatkan kontrak oleh kelab

Pemain Independiente de Campo Grande, Brendix Parra telah ditamatkan kontrak oleh kelabnya selepas percubaan penalti panenka beliau gagal menewaskan penjaga gawang La Equidad, Diego Novoa dalam aksi pusingan pertama Copa Sudamericana.

Presiden Independiente de Campo Grande, Eriberto Gamarra menjelaskan alasan keputusan itu diambil adalah disebabkan kegagalan beliau mengambil serius tendangan penalti tersebut.

“Lembaga pengarah memutuskan untuk menamatkan kontrak Brendix Parra selepas melihat cara dia menendang penalti,” katanya kepada ABC Cardinal.

“Jika kami layak ke pusingan seterusnya setiap pemain akan memperoleh sedikit wang.”

Pemain itu kini menunggu kontraknya ditamatkan secara rasmi oleh kelab untuk mencari destinasi seterusnya.

“Ini keadaan yang sukar, tetapi kehidupan terus berjalan,” kata pemain itu.