Luar Negara Berita

The Beatles iringi malam penuh kenangan buat Liverpool

Dari semua malam yang luar biasa di Anfield, di manakah perlawanan penuh drama ini berada? ia  seharusnya berada di kedudukan paling atas kerana memberi kita sebuah perasaan yang luar biasa walaupun stadium ini telah menyaksikan pelbagai sejarah selama bertahun-tahun. Ia juga membuktikan bahawa Liverpool sentiasa hadir dengan suatu perkara yang luar biasa, di mana lampu sorot menebar di atas padang dan Piala Eropah sebagai sasaran.

Itulah penghormatan kepada Jürgen Klopp dan para pemainnya apabila memikirkan semua peristiwa yang berlaku di sini,  di mana telah membantu bagi membentuk reputasi Liverpool. Mereka telah memenangi trofi ini lima kali dan kini, untuk tahun kedua berturut-turut, mereka akan meneruskan perjalanan mereka ke perlawanan akhir dengan peluang untuk menjadikannya kemenangan Piala Eropah keenam.

Tidak ada yang luar biasa – salah satu perlawanan terbaik Liga Juara-juara sepanjang masa dan akan sentiasa diingati. Di tengah-tengah keghairahan dengan kemampuan Liverpool untuk mengejutkan lawan serta menulis jalan cerita yang hampir tidak dapat dibayangkan.

Apabila perlawanan selesai dengan pemain Liverpool berdiri di depan penyokong mereka. Kedengaran lagu The Beatles berkumandang sambil diiringi lagu-lagu lain bagi meraikan kemenangan. Di satu sudut lain, pemain Barcelona hanya berdiri kekecewaan. Di raut wajah mereka seolah ada satu perasaan bahawa ini adalah perlawanan yang tidak mahu diingati dan merupakan pengalaman buruk dalam perlawanan kelab utama Eropah. Pemain Barcelona seperti faham akan perasaan Paris Saints-Germain sewaktu mereka membenam PSG 6-1 untuk mara setelah tewas 4-0 pada perlawanan pertama.

(Photo by Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images)

Prestasi para pemain.

Alisson Becker : Bertindak secara bijak apabila diperlukan, membuat beberapa tampanan penting bagi menyelamatkan gawang Liverpool. 8/10

Trent Alexander-Arnold : Pemain penting dalam kemenangan yang tidak dapat dilupakan. 8/10

Virgil van Dijk : Pemain terbaik musim ini adalah watak penting dalam mempertahankan gawang gol Liverpool dan banyak membuang bola daripada kawasan bahawa. Selain daripada itu, beberapa hantaran berani beliau berjaya mengelirukan pertahanan lawan. 8/10

Joel Matip : Kuat di udara dan teguh di atas tanah. Beliau berjaya bermain baik bersama-sama dengan Van Dijk bagi mengawal kawasan tengah. 8/10

Andy Robertson : Menunjukkan bahawa beliau mampu untuk melawan Lionel Messi. Tidak takut untuk membuat rembatan dan berada di tempat yang tepat pada masa yang tepat bagi mempertahankan gawang Liverpool. 7/10

James Milner : Pemain yang bijak dan berpengalaman dalam mengawal bahagian tengah. Beliau diminta untuk mengisi bahagian pertahanan kiri setelah Robertson dikeluarkan dan Milner berjaya melakukan kerja tersebut dengan mudah. 8/10

Fabinho : Dia dikenakan kad kuning pada minit ke-11 setelah melakukan kekasaran kepada Suarez. Tetapi berjaya kembali fokus untuk mengawal kawasan tengah dengan baik. 8/10

Jordan Henderson : Pemain yang tenang biarpun mengalami kecederaan lutut, di mana seolah bakal mengakhiri permainannya tetapi tetap setia bertarung untuk memimpin kemenangan Liverpool. 8/10

Sadio Mane : Pintar untuk membaca dan memenangi bola dalam membina gol pertama, pergerakannya adalah cemerlang dan pantas. 8/10

Xherdan Shaqiri: Membarisi kesebelasan utama Liverpool buat pertama kali sejak Januari dan telah membuktikan bahawa beliau mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan rakan sepasukan. 7/10

Divock Origi: Tanpa Mohamed Salah dan Roberto Firmino kerana kecederaan, dia menjaringkan gol pada malam yang akan sentiasa diingati. 9/10

Pemain simpanan

Georginio Wijnaldum (menggantikan Robertson, minit 46) : Seorang wira, di mana kehadiran dan keyakinan beliau membantu dalam mendapatkan dua gol secara berturut-turut yang memberikan motivasi kemenangan buat Liverpool. 9/10

Joe Gomez (menggantikan Origi, minit 85) : Dibawa ke masuk bagi mengimbangi bahagian pertahanan Liverpool setelah Barcelona mula menukar taktikal kepada menyerang. 7/10

Daniel Sturridge (menggantikan Shaqiri, minit 90) : Masuk hanya untuk membuang masa. 6/10