Kapten Liverpool, Jordan Henderson mengingatkan kepada rakan sepasukannya agar mengikuti City dalam memenangi trofi.
Liverpool berpeluang membawa pulang trofi Liga Juara-Juara pada 2 Jun nanti di pentas akhir bertemu Tottenham bagi menamatkan musim ini dengan sekurang-kurangnya satu trofi.
“City memenangi tiga trofi pada tahun ini, dan itulah yang kami mahu berada,” kata Henderson. “Kami tidak mahu bersaing untuk satu gelaran atau piala, kami mahu memenangi lebih daripada itu setiap tahun.
“Jika kamu melihat City, mereka tidak berhenti selepas memenangi satu trofi, mereka menjulang dua atau tiga semusim, ia adalah sesuatu yang kelab patut lakukan, itulah sasarannya.”
Beliau berharap agar mampu untuk naik sebagai pemenang pada perlawanan akhir nanti.
“Kami tidak boleh mengubah apa yang sudah berlaku di Liga Perdana, tetapi kami boleh mengubah apa yang kami buat di final,” katanya. “Saya fikir kami semua kecewa selama beberapa hari, tetapi bola sepak berubah dengan pantas termasuk fokus kamu.” Katanya