Liga Super Malaysia

Negeri Sembilan umum kehadiran penjaga gol baru

Ekoran penggantungan Ahmad Syihan Hazmi, Negeri Sembilan mengumumkan menerusi media sosial mereka mengenai kehadiran penjaga gol baru, Muhammad Ilham Amirullah Razali yang menyertai skuad jang dari Felda United.

Penjaga gol muda berusia 23 tahun itu merupakan sebahagian daripada barisan pemain yang pernah beraksi bersama Harimau Muda B dan Harimau Muda pada tahun 2012-2015.

Selepas pembubaran skuad Harimau Muda, Ilham menyertai T-Team pada tahun 2016 sebelum menyertai Felda United pada musim lalu.

Dengan ketiadaan Ahmad Syihan, Negeri Sembilan dilihat memerlukan seorang lagi penjaga gol bagi memberi saingan kepada dua lagi penjaga gol, Saiful Amar Sudar dan Kaharuddin Abdul Rahman.

Saiful Amar sebelum ini dikritik hebat selepas melakukan beberapa kesilapan ketika Negeri Sembilan tewas 3-0 kepada Melaka United.