Luar Negara

Gattuso mahu bawa bintang AS Roma ke San Siro

Selepas berbelanja besar musim ini, AC Milan bakal sekali berbelanja sakan pada musim hadapan dan sasaran utama mereka adalah penyerang AS Roma, Edin Dzeko.

Pengurus AC Milan, Gennaro Gatusso berminat membawa penyerang baru ke pasukannya dan tidak kisah untuk berbelanja sebanyak £22 juta untuk membawa penyerang Bosnia itu ke San Siro.

Pada jendela perpindahan lalu, Dzeko hampir menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea tetapi kedua-dua kelab itu tidak dapat mencapai kesepakatan.

Edin Dzeko telah menjaringkan 14 gol daripada 32 penampilan untuk AS Roma musim ini selepas menjadi tonggak utama untuk kelab Rom itu pada musim yang lalu.

Milan dikhabarkan tidak akan menyambung kontrak pinjaman Nikola Kalinic yang akan tamat pada musim ini. Penyerang Croatia itu dipinjam daripada Fiorentina.