Liga Super Malaysia

Thanabalan bantu umum jersi baru MISC MIFA

Biarpun beraksi untuk Negeri Sembilan, penyerang muda negara, N. Thanabalan telah membantu melancarkan video jersi baru pasukan Liga Perdana, MISC-MIFA yang cukup unik.

Dalam video tersebut, Thanabalan menunjukkan aksinya bermain bolasepak sambil diikuti beberapa sedutan aksi Thanabalan bersama skuad kebangsaan ketika Sukan SEA dan Piala AFC B23 yang lalu.

Thanabalan sememangnya menjadi ikon terutamanya di kalangan masyarakat India di Malaysia selepas menjadi wira bagi skuad muda negara dalam saingan Sukan SEA yang lalu.

Selepas menunjukkan aksi cemerlang bersama Felcra FC pada tahun lalu, Thanabalan kembali ke pasukan asalnya, Negeri Sembilan bagi membantu skuad Jang dalam kempen Liga Super mereka.

Video pelancaran jersi MISC-MIFA tersebut diarah oleh Vathaniy Kunasegaran.