Luar Negara Berita

Tewasnya Barcelona buat masa depan Valverde dipersoal

Valencia berjaya menewaskan juara La Liga, Barcelona 2-1 untuk menjulang Piala Raja Sepanyol awal pagi tadi.

Hasil daripada jaringan Kevin Gameiro dan Rodrigo Moreno pada babak pertama perlawanan jelas menunjukkan keinginan Valencia yang mahu memenangi kejohanan ini.

Lionel Messi muncul penjaring tunggal buat Barcelona dengan jaringan beliau pada minit ke-73 menerusi penyudah dari jarak dekat.

“Saya amat gembira kerana bagi saya, keluarga saya, ia menakjubkan,” kata kapten Valencia, Dani Parejo. “Kelab seperti Valencia berhak untuk menikmati kegembiraan seperti ini. Saya kehilangan kata-kata, ia menakjubkan.

“Kami melakar sejarah pada tahun yang amat penting, ulang tahun ke-100 kami.”

Bagi pasukan Barcelona, kekalahan ini adalah kekalahan keempat buat pasukan terbabit dalam kejohanan domestik.

Ia telah menimbulkan pelbagai spekulasi terhadap ketua jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde adakah beliau layak terus memimpin Barcelona.

Tetapi bagi Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu tidak menyalahkan jurulatih.

Beliau hanya percaya bahawa ia bukan malam untuk Barcelona.

“Kami telah memikirkan musim depan untuk beberapa ketika, tapi ini bukan masa untuk menjelaskan apa yang akan berlaku,” katanya selepas perlawanan itu.

“Kami memenangi liga, jadi musim penting.

“Valverde mempunyai kontrak.

“Kekalahan ini bukan kesalahan jurulatih kami.

“Kami mempunyai banyak peluang dan bola tidak masuk.”

Ditanya apa gred yang akan diberikannya untuk musim 2018/19, Bartomeu bercakap dengan agak positif.

“Saya tidak akan menganggap musim ini sebagai kegagalan,” tegasnya.

“Ia sangat baik tanpa menjadi sangat baik.

“Kami kalah beberapa perlawanan di sini dan di Anfield yang memberi kami dua kekalahan dalam satu bulan.”