Liga Super Malaysia Berita

TFC II dan Kelantan kongsi mata

Kelantan berjaya mengikat pasukan tuan rumah, Terengganu FC II (TFC II) dengan jaringan 2-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, sebentar tadi.

Kelantan turun dengan misi mencatat kemenangan untuk memperbaiki kedudukan liga, di mana gol pertama mereka hadir menerusi Nik Azli Nik Alias dari luar kotak penalti.

TFC II yang tersentak berjaya menyamakan kedudukan hasil daripada sepakan percuma Ahmad Takhiyuddin Roslan pada minit ke sembilan.

Skuad Yusir Che Lah kembali di hadapan melalui Nik Akif Syahiran Nik Mat pada minit ke-22.

TFC II memulakan separuh masa kedua dengan misi mencari gol penyamaan dan hasilnya adalah pada minit-68 menerusi Takhiyuddin dan sepakan percumanya yang berjaya menewaskan penjaga gol Kelantan.

Kedudukan seri 2-2 bertahan hingga akhir masa perlawanan