Liga Super Malaysia Berita

PKNS temui jalan kemenangan

PKNS FC berjaya menemui rentak kemenangan selepas membelasah lawan, PJ City FC 3-0 pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Manakala PJ City terpaksa akur selepas rentak kemenangan mereka dalam tiga perlawanan sebelum ini berakhir di Stadium Shah Alam.

Gol pembukaan PKNS FC bermula daripada Gabriel Gueera pada minit ke-48, diikuti pula dengan dua gol jaringan Sherman pada aksi malam tadi.

Keputusan ini membolehkan PKNS FC membalas dendam kepada PJ City ke atas kekalahan pertama pada perlawanan pusingan pertama tempoh hari.