Santai Luar Negara

LaLiga Experience: Panduan dan tips melancong ke Barcelona!

MENGENALI BARCELONA

Barcelona sememangnya terkenal di seluruh dunia sebagai salah satu bandar Eropah yang cantik dan menarik. Semuanya ada di sana: binaan yang menakjubkan, adat dan budaya, makanan yang enak, kehidupan waktu malam yang meriah, dan sudah tentu, bolasepak.

Bahkan, susah untuk kita memisahkan idea mengenai bandar Barcelona dengan FC Barcelona, yang dikenali sebagai “Barça” di seluruh dunia. Diasaskan pada tahun 1899, kelab tersebut berkait rapat dengan sejarah bandar itu dan warna blaugrana (biru dan maroon) mewarnai seluruh pelusuk Barcelona.

Jika anda sukakan Eropah dan bolasepak, ini destinasi wajib.

Dari lapangan terbang ke bandar Barcelona

Ada banyak cara untuk ke tengah bandar Barcelona daripada Lapangan Terbang.

-Bas Aerobus menuju tepat ke tengah bandar dengan harga lebih kurang €10 untuk tambang pergi balik. Bas tersebut mempunyai ruangan besar untuk bagasi dan juga WiFi percuma!

-Perkhidmatan keretapi RENFE disediakan daripada lapangan terbang menuju ke stesen utama di Barcelona Sants dengan harga €4.20.

– Anda juga boleh menaiki teksi dengan bayaran di antara €30 ke €35, bergantung pada masa ketibaan anda di terminal.

*Harga terkini pada Mei 2018

Sebelumnya
Halaman 1 / 6