Santai Luar Negara

LaLiga Experience: Panduan dan tips melancong ke Barcelona!

MEMBELI BELAH DI BARCELONA

Anda boleh menjumpai begitu banyak kedai yang menjual barangan Barcelona apabila bersiar-siar di las Ramblas, kawasan utama di Barcelona. Tidak sukar untuk mencari jersi satu lagi kelab di Barcelona, Espanyol dan jangan terkejut jika anda juga akan terlihat kedai menjual jersi dan skaf Real Madrid.

Kedai terbesar menjual barangan kelab, Megastore, terletak di Camp Nou. Tetapi ada banyak lagi kedai rasmi di sekitar bandar seperti di Lapangan Terbang dan stesen keretapi Sants.

Selain daripada jersi dan mafla, barangan yang popular dengan pelancong adalah cawan, rantai kunci, dan magnet Barcelona yang pelbagai saiz. Untuk barangan rasmi yang asli, peminat Barca mungkin boleh membeli anak patung menyerupai pemain Barcelona!

Barca Megastore


Megastore ini bagaikan syurga kepada semua peminat Barca. Pusat membeli belah setinggi tiga tingkat ini menjual begitu banyak barangan Barcelona, daripada jersi rasmi, pakaian dan juga kedai Nike FC yang serba lengkap.

Jersi Retro bernilai €60 serta mempunyai pelbagai jenis, merupakan antara barangan yang popular.

Satu tips untuk anda, Megastore ini biasanya penuh ketika hari perlawanan dengan peminat beratur panjang dan memenuhi kedai ini.