Santai Luar Negara

LaLiga Experience: Panduan dan tips melancong ke Barcelona!

MELAWAT CAMP NOU

Camp Nou merupakan antara stadium terbaik di dunia. Biarpun saiznya besar, tetapi tidak kira di mana tempat duduk anda, anda akan rasa dekat dengan padang. Sebelum perlawanan, kebiasaanya penyokong akan mencipta satu suasana yang hebat menerusi tifo-tifo yang menarik, jadi pastikan anda sampai sebelum wisel memulakan permainan ditiup.

Disebabkan binaan stadium ini yang terbuka, anda mungkin perlu menyediakan baju hujan jika anda menyaksikan perlawanan ketika musim hujan. Jika tidak, anda boleh membelinya daripada penjual di luar stadium dengan harga €4-5.

Jika anda tidak dapat menyaksikan perlawanan, anda boleh mengikut pakej lawatan stadium (www.fcbarcelona.com/tour/buy-tickets) di mana pakejnya termasuk dengan lawatan ke Muzium Barca.

Cara mendapatkan tiket perlawanan

Anda boleh membelinya secara online di www.fcbarcelona.com/tickets/football/football-tickets

Tiket juga boleh didapati di kedai-kedai sepanjang Ramblas. Dengan 99,354 tempat duduk disediakan, tiket untuk perlawanan La Liga biasa agak mudah untuk dibeli. Tetapi untuk perlawanan besar seperti El Clasico atau Liga Juara-Juara, pelancong perlu menghubungi ejen pelancongan atau ejen tiket terlebih dahulu.