Liga Super Malaysia Berita

PKNS FC mudah benam Kuala Lumpur

PKNS FC berjaya mencatat kemenangan apabila menewaskan Kuala Lumpur  3-2 pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Kemenangan ini berjaya dicatat skuad Rajagopal setelah empat perlawanan tanpa kalah dilakar skuad The Hawks, manakala bagi Kuala Lumpur, mereka kekal dikedudukan tercorot Liga Super.

Gol pertama perlawanan dijaringkan oleh Romel Morales seawal 25 saat hasil daripada rembatan luar kotak penalti yang berjaya menewaskan Mohd Faridzuean Kamaruddin untuk gol pertama tuan rumah.

Asakan bertali arus Kuala Lumpur sekali lagi dinafikan oleh PKNS FC apabila berjaya mendapat gol kedua menerusi Kpah Sherman pada minit ke-31.

Indra Putra Mahayuddin kemudia menjaringkan gol pertama buat Kuala Lumpur menerusi rembatan lencong yang menewaskan penjaga gol PKNS FC, Mohd Zarif Irfan Hashimuddin.

Sambung babak kedua, Sherman kembali meletakkan PKNS dikedudukan selesa dengan gol ketiga pada minit ke-78 menerusi aksi gelecekan sebelum merembat masuk bola tersebut.

Gol saguhati Kuala Lumpur hadir melalui Guilherme de Paula pada minit-81 namun PKNS FC berjaya membawa pulang tiga mata berharga.